KEJADIAN PELIK

Semasa di tanah suci Makkah, aku telah mengalami beberapa kejadian yang pelik. Aku akan ceritakan sedikit sebanyak di sini.

1.    Dalam satu perjalanan dari Madinah ke Makkah, bas kami singgah di pertengahan jalan untuk makan dan berehat. Semasa semua penumpang turun dan menuju ke kedai, seorang jemaah wanita telah turun dan terus ingin menuju ke seberang jalan. Aku lantas mengikutnya dan bertanya, “Mak Aji nak ke mana?”. Jawabnya, “Aku nak balik rumah aku le, nun di belah sana  jalan.” Aku lihat warna matanya seperti orang marah.

Aku terus berkata kepadanya, “Mak Aji, kita ni berada di Mekah bukan di Malaysia.” Lantas aku membaca Ayat Kursi dan menghembuskan ke arahnya. Dia tunduk dan  terus mengikut aku ke kedai makan.

2.    Dalam satu peristiwa lain, pada suatu malam di bilik hotel, dalam keadaan separuh sedar dalam tidur, aku terlihat seseorang yang memakai serban besar sedang bersembahyang.  Aku menjadi hairan, tetapi aku tidak mempedulikannya dan meneruskan tidurku. Apabila bangun pada waktu pagi, baru aku terasa silap kerana tidak memberi salam kepadanya. Malam seterusnya aku berharap akan berjumpa lagi tetapi nyata hampa.

3.   Pada suatu ketika yang lain pula, aku telah meminta satu set cadar katil yang baru kerana yang lama telah kotor. Aku memberitahu pembantu hotel supaya meletakkannya di atas katil dan aku akan menyalinkannya sendiri. Apabila aku membentangkan kain tersebut di atas katil, rupa-rupanya terdapat seekor ular seperti ular daun di dalam gumpalan kain tersebut. Aku memanggil petugas Bangla dan beliau telah memukulnya hingga mati.

(Bersambung dengan bayak lagi peristiwa pelik.. tunggu)

3 Responses to “KEJADIAN PELIK”

  1. assalammualaikum aku memang memang percaya

  2. waalaikum salam.. tk kerana melawat laman ini dan memberi komen

  3. khatijah bohari Says:

    SALAM PAK DINO MUNGKIN SEMUA ORG YG MENGERJA HAJI DAN UMRAH ADA PENGALAMAN MASING2 CUMA BEZANYA MEREKA ANGGAP IA BIASA @ PELIK.TAPI KESAH PAK DINO NI SERONOK D BACA SBB IA NAMPAK SANTAI BERLAKU DLM MASA CEPAT [REFLEX ACTION PAK DINO PADA WAKTU KEJADIAN] DAN LEPAS 2 PAK DINO TERUS SADAR AKAN KESILAPAN PAK DINO ….CARA BEGINI BOLEH MEMBERI PENGAJARAN PD PEMBACA LEBEH2 LAGI BAKAL2 JEMAAAH HAJI DAN UMRAH….TERIMA KASEH BYK2….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: