DOA DIMAKBULKAN

Aku diberitahu, tempat-tempat mustajab doa adalah di Multazam (depan pintu Kaabah) dan Raudhah (Madinah). jadi semasa di sana di situlah aku berdoa. Salah satu doaku adalah – Ya Allah murahkan rezekiku, aku bukan nak kaya tetapi dengan rezeki yang aku dapat, aku nak buat kebajikan dan bersedekah. Sekiranya ada lebih, aku nak mengerjakan Umrah setiap tahun“.

Alhamdulillah, semenjak haji 1996 pada setiap tahun aku dan isteri telah dapat mengerjakan Umrah. Aku sendiri tidak sedar bagaimana aku berjaya mengumpul duit yang sedemikian. Sedangkan kebajikan dan sedekah tetap aku lakukan kepada yang susah. Malahan pada tahun 2006 aku dan isteri telah berpeluang mengerjakan Haji sekali lagi. (Akan kuceritakan dalam posting yang akan datang kenapa aku pergi bagi kali kedua.)

Pada satu tahun aku telah mengerjakan Umrah sebanyak dua kali. Oleh itu pada tahun hadapannya aku telah menangguhkan pemergianku kononnya “bring forward” yang tahun sudah. Ternyata aku telah melanggar perjanjianku dan aku telah dihukum. Sebulan selepas itu aku kehilangan sebuah motorsikal Honda EX5 yang bernilai RM3500 (sama dengan tambang Umrah). Aku dimarahi isteri kerana hanya ketawa di atas kejadian itu. Aku jelaskan kepadanya, barang  dah hilang. Kalau menangis pun bukan nak dapat balik. Lagipun ini adalah balasan Tuhan.  Belanja sudah cukup tetapi aku tidak pergi – jadi Dia ambil balik duit itu.

Insya-Allah pada 4 Jun 2009 ini (lagi 3 hari) aku akan berangkat mengerjakan Umrah bersama 5 ahli keluargaku. Aku berdoa semoga umrahku adalah umrah yang mabrur. Aku juga berdoa agar kami selamat pergi dan kembali.

Sebenarnya, semasa mengerjakan Haji (1996) lagi aku telah berniat membawa cucuku yang sulung ke sana. Nanti akan kuceritakan kenapa …..

2 Responses to “DOA DIMAKBULKAN”

  1. bestnyer…pakcik dpt g mekah selalu..nnti leh tlg doakan saya..

  2. alhamdulillah.. semua itu dgn izin Allah jua. anda pun boleh jika berusaha. layari juga fbook saya. thanx kerana jenguk ke sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: