PANAS BARAN

Aku memang seorang yang panas baran. Ramai rakan yang berpesan apabila di Mekah mestilah sabar dengan sebarang ujian.

Suatu ketika semasa aku mengerjakan tawaf dengan begitu khusuk. Pesan tok guru, “alignment” bahu mesti 90 darjah dengan Kabah. Kalau lari bearing mesti dibuat semula. Tiba-tiba aku ditepis dan dilanggar oleh orang yang sedang mengambil upah mengusung orang uzur untuk tawaf.  Hatiku tersentak dan mula meruap. Aku berundur untuk membetulkan tapakku dan meneruskan tawafku hingga pusingan yang ke 7.

Setelah selesai sembahyang sunat Tawaf di Makam Ibrahim aku menyuruh isteriku menunggu aku di situ kerana aku nak “tawaf khas”. Aku pun terus berjalan mengelilingi Kaabah – tiba-tiba aku terdengar suara seperti orang yang melanggar aku tadi. Mereka juga sedang mengambil upah mengusung orang uzur. Aku berlari-lari mengejar mereka dan apabila berada betul-betul di belakang mereka aku telah menyepak kaki salah seorang pengusung itu hingga ia terselepok jatuh.  Pengusung itu juga telah tersenget sebelah – nasib baik orang yang diusung tidak jatuh. Sambil itu aku mengherdik pengusung yang terselepok tadi  “Apa, mahu lawan mari”. Aku tidak tahu dia faham atau tidak. Dia lantas bangun dan meneruskan kerja mengusungnya. Aku berasa puas sebab nyata dia takut dengan aku.

Pendekkan cerita, semasa aku sembahyang Asar pada sebelah petangnya – selesai sahaja aku memberi salam ke kanan dan kiri, kaki aku jadi “cramp”. Tidak boleh dibengkokkan dan terasa kejang. Baru aku teringat, inilah akibat kejadian pagi tadi.

Aku terus mengensot ke tempat air Zamzam dan meminumnya sambil berniat untuk menyembuhkan sakitku. Aku sapu kakiku yang sakit dengannya. Seterusnya sambil duduk dan kaki yang terlunjur, aku melakukan solat sunat taubat dan berdoa kepada Allah serta meminta kemaafan kepadaNya. Setelah itu, kesakitan di kakiku pun reda dan aku boleh membengkokkannya semula.

Aku berjanji tidak akan melakukan kesilapan sebegitu lagi. Malangnya semasa aku mengerjakan Umrah dan Haji kali kedua, aku diuji lagi… (nanti aku ceritakan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: