TUNAI HAJAT

12 tahun yang lalu, sebulan sebelum menunaikan Haji yang pertama, aku dianugerahkan seorang cucu sulung yang cacat anggotanya. Aku bertanya kepada Allah “Kenapa cucuku dilahirkan begitu sedangkan orang yang berbuat maksiat dan membuang anak sempurna sifatnya?”

Setiap kali aku mengerjakan solat di Masjidilharam, aku sentiasa dikelilingi oleh pelbagai jenis orang cacat. Dari mana mereka muncul sedangkan pada mulanya tidak kelihatan. Apabila dirapatkan saf untuk memulakan solat, mesti ada orang cacat di hadapan atau di sisiku. Finally aku berjumpa dua orang muda dari Bangladesh yang memakai ihram – seorang sempurna sifatnya tetapi yang seorang lagi cacat – terketar2 dan air liurnya sentiasa meleleh. Di tangan abangnya sentiasa terdapat tisu untuk mengelap air liur adiknya. Aku bertanya kenapa jadi begini. Jawab si abang, adiknya memang dilahirkan begitu.

Terlintas di fikiranku, ada juga orang yang lebih teruk dari cucuku. Terus aku bertukar bebalanku kepada kesyukuran. Aku memohon maaf daripada Allah dan melakukan solat taubat dan solat syukur. Aku berdoa supaya cucuku akan membesar tanpa menyusahkan orang lain dan boleh berdikari. Aku berjanji akan membawanya ke Mekah apabila masa mengizinkan.

Selepas itu, aku tidak pernah berjumpa lagi dengan orang cacat semasa hendak mengerjakan solat. Inilah kebesaran Allah. Aku berasa malu kerana baru diuji sedemikian aku sudah mengalah.

Jun 2009, aku gembira kerana telah dapat membawa cucuku yang kini berusia 12 tahun ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Bercucuran air mataku tanpa tertahan semasa aku memimpin tangannya untuk tawaf dan saie. Segala amalan ibadat dapat dilakukan dengan mudah walaupun terdapat ramai pengunjung pada masa itu. Dia kelihatan begitu gembira sepanjang berada di sana.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan hajatku.

uhud

Bersama emak saudaranya di bukit Uhud.

kaaba

Dia kelihatan sungguh gembira semasa berada di sana. Satu kepuasan kepada diriku.

peace

Memberi syarat "peace" dengan caranya tersendiri.

syuhada2

Gambar kenangan bersama atuk di makam syuhada.

merpati

Dikelilingi oleh merpati berhampiran Masjdi Nabawi.

magnet

Kenangan di 'Bukit Magnet' berhampiran Madinah.

4 Responses to “TUNAI HAJAT”

  1. assalamualaikum pakcik….sya terlupa yang sya penah htr comment dalam website pakcik…agak teruja saya bila membaca tentang doa2 yang dimakbulkan nie…saban hari saya berdoa pada Allah supaya memakbulkan permintaan saya mengenai 1 perkara nie..perkara yang paling menyedihkan dlm hidup sya…kadang-kala sya berasa harapan sya ini xkan kemana tapi sya bersyukur kerana Allah menemukan sya dgn org yg bleh tolong berdoa bg pihak sy di sana…insya Allah….

  2. khatijah bohari Says:

    SALAM PAK DINO,SAYA SGT TERUJA MEMBACA TULISAN PAK DINO TENTANG PENGALAMAN PAK DINO SEWAKTU MENGERJA HAJI DAN UMRAH.SAYA HARAP PAK DINO TERUS MENULIS TENTANG PENGALAMAN PAK DINO @ ORANG LAIN DI MASA AKAN DATANG.WALAUPUN SAYA DAN SUAMI TELAH MENGERJA HAJI DAN UMRAH,PERISTIWA YG MENIMPA PAK DINO TIDAK PERNAH KAMI ALAMI,JADI AMATLAH BERUNTUNG PAK DINO DI UJI ALLAH DGN KEJADIAN BEGITU SEBAB DGN CARA BEGITU PAK DINO BOLEH MEMPERBAIKI DIRI,MOGA TULISAN PAK DINO DPT D JADIKAN IKHTIBAR BAGI ORG2 YG SENTIASA BERUSAHA UTK MENJADI ORG YG LEBEH BAIK …INSYAALLAH….

  3. salam uncle..sekarang ni mmg sy suke bace blog2 pengalam ke umrah ni.InsyaAllah kalo diizinkan Allah sy akan menjadi tetamu nye tahun depan dlm bulan 3..InsyaAllah,harap segala nye berjalan sperti dirancang..sy mmg teringin sgt nak kesn..tak taw la,kenape kebelakgan ni sy rs teringin sgt nak jejak ke sn.tak terpikir dlm usia yg muda ni sy akan kesn,sy ingat biler dh tua nnti kot sy berkesmpatan ke sn.ape yg uncle share dlm blog ni sdkit sbyk memberi gambaran pada sy.takut biler tgk keadaan sekeliling ni,mcm2 ragam manusia…bende2 ni yg wat sy insaf.harap sy dpt membersihkan segala dosa2 sy.

    • alhamdulillah.. semua ini dgn kehendak Allah SWT jua…nanti kalau nak pergi sy akan berikan info dan panduan tempat2 yang mustajab doa untuk panduan anakanda.. sblum pergi tekadkan hati utk merapatkan diri kepadaNya serta mencari keredhaan Illahi dgn beramal ibadat sebanyak mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: