BIMAN AIR

Semasa mengerjakan umrah yang baru lalu, saya telah memilih Biman Air (Bangladesh Airlines) kerana mengikut perancangannya, saya berkesempatan transit dan melawat Dhaka. Kata orang putih “Killing two birds with one stone” atau kata Melayu – “sambil menyelam minum air”.

Tetapi nyata perancangan saya salah. Kami bertolak dari Ipoh pada jam 7.00 pagi kerana perlu berada di KLIA pada jam 11.00 pagi. Kami sepatutnya terbang pada jam 5.00 petang. Malangnya kapal terbang delay hingga jam 9.30 malam. Tiba di Dhaka 3 jam 30 minit kemudian. Tiba-tiba kami disuruh segera kerana kapal terbang ke Jeddah sudah sedia. Maka terbanglah pula kami selama 7 jam.  Terpaksa pula mengisi minyak di Chittagong selama 1 jam dan tidak dibenarkan turun dari pesawat.

Sampai di Jeddah, kami sambung pula perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas selama 6 jam. Bayangkan keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 31 jam – tanpa rehat, mandi dlln. (Kalau kita menaiki pesawat terus KLIA – Jeddah akan mengambil masa 8 jam sahaja). Akibatnya ramai jemaah terutama yang sudah tua dan uzur berada dalam keadaan tidak selesa – sakit kepala, pening, loya, lenguh sendi, dlln.

Kapal terbang yang digunakan berusia lebih 10 tahun tanpa kemudahan hiburan tv dan radio, seperti yang terdapat pada kapal terbang lain. Kakitangan pesawatnya pula agak sombong melayan tetamu. Mungkin mereka berasa bangga kerana di kalangan masyarakat Bangladesh yang rata-rata miskin, menjadi pramugari/a adalah mempunyai status agak tinggi.

Perjalanan pulang pun perkara yang sama berulang. Akibatnya, setelah pulang saya dan isteri mengambil masa 3 hari untuk mengumpulkan semula tenaga yang hilang akibat perjalanan yang terlalu lama.

Oleh yang demikian, sekiranya saudara/i ingin menggunakan khidmat Biman Air : FIKIR-FIKIRKANLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: