PANAS BARAN 2

Seperti yang kuceritakan dulu, sifat panas baranku memang sukar dikawal

Semasa mengerjakan haji pertama (1996), oleh kerana keadaan di Jamrah (tempat melontar) agak sesak, aku menyuruh 5 orang ahli keluargaku mengikut aku secara berangkai/berpegangan dan jangan terlepas dari ku. Semasa berjalan, di hadapanku terdapat jemaah juga dari Malaysia.

Tiba-tiba satu kumpulan jemaah dari Iran telah merempuh jemaah wanita Malaysia di hadapanku hingga terjatuh. Tanpa kusedari, kaki aku terus aku hayunkan ke arah celah kangakang salah seorang jemaah Iran tersebut hingga dia terjatuh. Dalam gumpalan tanganku tersedia 21 biji batu (untuk melontar) di dalam karung dan terus aku tujukan ke arah  jemaah Iran tersebut. Belum sempat sampai ke mukanya, tangan aku telah dipegang oleh isteriku. Setelah sedar, terus aku Istighfar dan mengurut dadaku, memohon ampun dari Allah. Apa yang aku lakukan tadi adalah tanpa aku sedari. Mungkin terjadi kerana tindak balas hasil ilmu persilatan yang yang aku pelajari dulu.

Nasib baik jemaah Iran yang tersungkur tadi bangun dan terus berlalu tanpa bertindak balas kepadaku. Kalau tidak tentulah tercetus pergaduhan antara kami. Mungkin dia juga sedar atas kesalahannya.

Selepas itu kami meneruskan lontaran Jamrah tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: