PENIAGA ARAB YANG SOMBONG

Pada suatu hari, ketika pulang dari Masjidilharam setelah menunaikan solat Isyak, terdapat pihak yang sedang menderma nasi bukhari di tepi jalan. Malangnya dia tidak menyediakan sebarang bekas untuk mengambilnya. Aku lantas menuju ke sebuah kedai, sambil menunjuk ke arah beg plastik yang tergantung aku meminta satu dari peniaga. Respons yang aku terima agak mengejutkan – aku dihalau dengan perkataan “Ruh” yang bermaksud “nyah/hincit/pergi” dalam bahasa Melayu.

Sambil tersenyum, aku mendapat idea untuk mengajar Arab tersebut. Aku cuma tahu beberapa patah perkataan Arab. Sambil berdiri di hadapannya, aku menadah tangan dan menyebut “Ya Allah Ya Rab”. Sambil menunjukkan jari ke arah peniaga tersebut aku menyebut “Bakhil – Laknatullah – Naraka Jahanam”. Dalam hati aku bermaksud “Ya Allah..orang ini kedekut .. Kamu laknatlah dia .. hantar dia ke neraka jahanam”.

Mungkin dia memahami maksud aku dan terus menunjukkan isyarat suruh aku mengambil beg plastik tersebut. Aku tidak mengambil satu tetapi terus mengambil kesemuanya yang tergantung, sambil berdiri di tepi jalan aku memberi satu kepada setiap orang yang lalu dan menunjukkan ke arah penderma nasi bukhari tadi.

Setelah selesai memberi kepada jemaah yang lalu (terutama dari Malaysia) aku menyangkut kembali baki beg plastik tadi di tempat asalnya dan mengambil satu untuk kegunaanku sendiri. Sambil itu aku berkata kepada peniaga tersebut “Syukran shekh. Kamu jangan main dengan orang Melayu. Kami bukanbodoh”. Dia tersenyum kepadaku, mungkin memahami kata-kataku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: