DUA DALAM SATU

Sepanjang mengerjakan Umrah, aku melakukan dua dalam satu perkara. Setiap kali aku pergi aku akan menggunakan penerbangan yang berbeza. Ini adalah bertujuan supaya aku dapat pergi ke beberapa negara yang berbeza. Sambil berbuat ibadat, aku juga pergi menziarahi berbagai negara.

Antara tempat-tempat yang aku telah pergi adalah – Lebanon, Mesir, Turkey, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu. Aku berpeluang melihat keadaan umat Islam di negara-negara tersebut – cara hidup dan budaya mereka.

Semasa di Istanbul, aku telah bertanya kepada receptionist hotel (namanya Mariam) ke mana arah kiblat. Malangnya dia tidak tahu dan terus memanjangkan soalan itu kepada Mohamed (bellboy). Mohamad telah menunjukkan kepadaku dua arah yang berbeza. Ternyata dia juga tidak tahu. Akhirnya aku terpaksa melihat kedudukan mimbar masjid yang terdekat.

Di bazaar Istanbul, aku telah tertarik dengan sebuah beg kulit yang berharga lebih kurang RM300 dan ingin membelinya. Tetapi peniaga tersebut enggan menjualnya kepadaku apabila dia tahu aku muslim dari Malaysia. Pada mulanya aku naik marah kerana menyangkakan dia beranggapan aku tidak mampu membelinya. Rupa-rupanya dia menjelaskan bahawa beg tersebut terdapat kulit babi di bahagian dalamnya. Alasannya kulit babi agak kukuh berbanding kulit lain. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Kalau tidak sudah tentulah aku sentiasa berdamping dengan kulit babi ke sana ke mari.

Di Beirut pula, beberapa jemaah wanita yang bersamaku (usia yang agak lanjut) telah diminta membayar harga air yang telah diminum di dalam peti ais hotel. Apabila diminta bayaran yang agak tinggi aku terkejut. Rupa-rupanya yang diminum itu adalah arak. Jemaah wanita itu berkata dia kehausan dan terus meminumnya kerana sangkanya ia adalah percuma. Lagipun dia tidak menyangka yang diminum itu adalah arak. Apabila dibagitau terus dia berkata “Patutlah makcik rasa pening”.

Di Lebanon juga terdapat pertunjukan wayang di mana pelakonnya adalah “orang miskin” (berbogel).  Harga tiketnya adalah USD10. Terdapat juga satu billboard yang besar terpapar iklan striptease show.

Ternyata Malaysia lebih halus amalan Islamnya.

One Response to “DUA DALAM SATU”

  1. khatijah bohari Says:

    SALAM PAK DINO SAYA TAK PERNAH LAGI BUAT UMRAH DAN ZIARAH KETEMPAT MCM NI ,DENGAR PUN TAKUT TAPI TERIMA KASEH D ATAS PENGALAMAN D ATAS INSYAALLAH AKAN SAYA JADIKAN PEDOMAN….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: