AKU DIUJI LAGI

Seperti yang telah kuceritakan, semasa mengerjakan Haji yang pertama (1996) aku telah diuji oleh Allah dengan pelbagai cara. Oleh itu, semasa mengerjakan haji yang kedua (2006) aku bertekad untuk membaiki kedudukanku dari segi kesabaran yang terkawal.

Aku tetap bersabar semasa aku dilanggar, kepalaku dihantuk dengan kasut (di tangan mereka) semasa jemaah melangkah bahuku untuk ke saf hadapan dan pelbagai lagi dugaan. Aku yakin ujian kesabaranku kali ini dapat kuatasi.

Semasa berada di Mina, kami mendapat berita tentang beberapa jemaah negara luar yang telah meninggal akibat berebut-rebut di tempat melontar. Jemaah Malaysia bernasib baik kerana dipandu oleh petugas Tabung Haji. Pada malam tersebut kami diarah oleh Tabung Haji, berkumpul jam 9.00 malam untuk dibawa ke tempat melontar. Aku dan kumpulanku telah berada di hadapan khemah lebih awal dari jam 9.00.  Tiba-tiba pada jam 8.55 perut aku terasa memulas untuk ke tandas. Aku memaklumkan kepada isteriku dan menyuruhnya menunggu sehingga aku kembali dari khemah. Setelah ‘urusanku’ selesai, aku kembali ke tempat berhimpun tadi pada jam 9.10 mlm. Aku dapati kumpulan itu telah bertolak dan isteriku juga tidak berada di situ.

Aku memanggil isteriku melalui telefon bimbit yang telah aku bekalkan kepadanya. Walaupun berkali-kali berdering tetapi tidak mendapat jawapan. Lantas aku menelefon rakan lelaki dalam rombonganku – katanya isteriku tidak ikut serta tetapi menunggu aku di luar khemah. Aku menjadi resah terutama apabila mengingat kejadian yang berlaku pada siang tadi.

Aku ternampak bendera Malaysia yang mendahului satu kumpulan di hadapanku lantas aku berlari memintas rombongan tersebut dan melihat kalau-kalau isteriku ada di situ tetapi ternyata hampa. Beberapa kumpulan Malaysia telah kupintas, namun isteriku tidak kelihatan. Akhirnya aku telah melepasi terowong Muassim dan menghampiri Jamrah. Aku amat risau tentang keselamatan isteriku. Aku menadah tangan dan memohon Allah supaya diketemukan aku dengan isteriku. Dengan tidak semena-mena dia muncul di hadapanku dan terus meluru ke arahku. Kemarahanku mula memuncak tetapi aku masih dapat mengawal kemarahanku.

Selesai melontar, sambil berjalan balik ke khemah aku mula membaca ‘kitab’ dan bersyarah kepada isteriku. Pelbagai kata kesal telah kuhamburkan. Kemarahanku sudah tidak terkawal lagi sehingga aku melihat isteriku mengalirkan air mata kesedihan kerana dimarahi.

Bermula dari insiden itu, aku sudah tidak boleh kawal lagi kemarahanku. Pada hari kedua melontar aku telah mengherdik jemaah wanita dari Malaysia kerana melanggar aku.  Seorang jemaah India juga terkena makianku di masjidil haram.

Jelas, walaupun aku cuba untuk mengawal panas baranku (apabila dilanggar, ditolak dlln pada peringkat awal) tetapi     akhirnya Allah menggunakan isteriku dan ternyata sekali lagi aku gagal.

(Nampaknya aku kena pergi lagi sekali mengerjakan Haji untuk mendapat penilaian 100%)

One Response to “AKU DIUJI LAGI”

  1. khatijah bohari Says:

    SALAM PAK DINO,SETIAP ORG YG TELAH PERGI HAJI @ UMRAH DAN BILA SAMPAI D TANAH AIR DAN BUAT POST MORTEM SENDIRI TERHADAP PERKERJAAN HAJI @ UMRAH NYA RATA2 MEREKA AKAN SEPENDAPAT DAN AKAN BERKEINGINAN SPT PAK DINO[TERMASOK SAYA DAN SUAMI] KITA SEOLAH2 MERASAKAN DLM MASA HAJI BYK LAGI AMAL IBADAT DAN KRBAJIKAN YG KITA BOLEH BUAT TP KITA TAK BUAT SAMAADA LUPA@TAK BERKESEMPATAN @ TERLEPAS PANDANG ATAS JAHIL….NAMPAK NYA SAYA PUN NK PERGI LAGILAH …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: