MAKLUMAT PENTING

PINTU KAABAH (MULTAZAM):

Diperbuat dari emas seberat 280kg bernilai lebih USD3.5juta. Ketika Nabi Ibrahim ia mempunyai 2 pintu di sebelah Timur dan Barat. Kini, hanya pintu Timur yang dikekalkan (Subhanallah…ia tepat menghala ke Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Ketinggiannya dari lantai adalah 2 Meter.

MIZAB@PANCUR EMAS:

Mizab ujud selepas pembinaan Kaabah oleh Bani Quraisy. Ia diperbuat dari emas tulen yang dipasang pada bumbung Kaabah menghala ke Hijr Ismail sewaktu pembinaan atap Kaabah. Diriwayatkan bahawa kawasan di bawah Mizab@pancur emas ini merupakan salah satu dari kawasan mustajab untuk berdoa

HAJARUL ASWAD:

Sudut memulakan Tawaf. Adlah batu Yaqut dari syurga yang asalnya berwarna putih berkilauan tetapi menjadi hitam kerana terkesan oleh dosa-dosa manusia. Ketika Ibrahim meminta Ismail mencari batu dari Jabal Abi Qubays sebagai tanda permulaan Tawaf, Jibril muncul membawa batu Yaqut ini. Asalnya ia seketul batu tetapi terpecah 8 …tiap 1 sebesar buah Tamar, ia kemudian dilekap pada damar yang dilingkungi sebuah penutup diperbuat dari perak

HIJR ISMAIL:

Kawasan lengkung separa bulatan di antara Rukun Iraqi dan Syami di Kaabah. Asalnya adalah tempat berteduh Nabi Ibrahim dan kemudian dijadikan kandang kambing puteranya Ismail. Dulu ia tidak termasuk dalam Kaabah tetapi setelah pembinaan semula oleh Bani Quraisy, sebahagian besar kawasan itu telah dimasukkan dalam Kaabah. Jika …anda tidak berpeluang memasuki Kaabah, memadailah memasuki Hijr Ismail ini. Jangan Tawaf melaluinya.

MASJIDIL HARAM:

Pembesaran Pertama (pintu Malik Abdul Aziz, Ajyad dll) dan Pembesaran Kedua (pintu Malik Fahd) serta sebahagian kawasan Sa’ie kebanyakannya kini adalah berhawa dingin. Ketika jemaah Tawaf, sesekali angin nyaman dari penghawa dingin ini akan mendatangi anda di kawasan Tawaf sejurus lepas sudut Rukun Syam…i sehinggalah ke Hajarul Aswad. Ia bukan satu keajabian sebagaimana yang dikatakan ramai jemaah

bersambung ……..

(Info dipetik dari facebook “I Need A Free Umrah Trip”)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: